HomeSukanSabah FC tekad terus bangkit untuk layak ke peringkat lebih baik saingan...

Sabah FC tekad terus bangkit untuk layak ke peringkat lebih baik saingan Piala Malaysia

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC bertekad untuk terus bangkit dengan permainan yang lebih baik bagi membolehkan pasukan itu terus layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2022.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas menang secara agregat 3-2 keatas UiTM FC di peringkat pusingan 16 pasukan.

Kim Swee berkata, meskipun berpuas hati layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia namun beliau mengakui prestasi dalam dua perlawanan sebelum ini masih belum memuaskan.

“Bukan mudah apabila kita bermain dengan keadaan padang seperti ini iaitu hujan dan pada masa sama pasukan UiTM bermain dengan ramai pemain dibahagian pertahanan.

“Namun kita harus memberi pujian kepada pemain lawan yang melakukan banyak kesukaran untuk pemain kita menembusi terutama bahagian pertahanan UiTM,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Meskipun bermain tanpa beberapa pemain import dan tonggak utama pasukan, Kim Swee berkata, perjuangan pasukan perlu diteruskan dan percaya pemain sedia ada mampu mengisi kekosongan slot pemain import.

Ketika mengulas gol penyamaan UiTM FC pada minit akhir perlawanan, Kim berkata, ia perlu segera diperbaiki agar tidak berlaku pada perlawanan akan datang.

“Perkara sama yang berlaku apabila kita dibolosi pada minit akhir perlawanan dan ini perlu kita perbaiki.

“Kita masih lagi terlampau selesa selepas mendahului dan ini tidak sepatutnya berlaku, kita harus kekal fokus hingga wisel penamat. Ini satu perkara yang perlu kita perbaiki pada perlawanan akan datang,” katanya.

Sabah FC akan bertemu Kuching City FC pada saingan suku akhir Piala Malaysia. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular