HomeUtamaMASwings tawar promosi tambang 'Jom Balik Undi' Sabah & Sarawak

MASwings tawar promosi tambang ‘Jom Balik Undi’ Sabah & Sarawak

Read Time:48 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU: MASwings menawarkan promosi tambang menerusi kempen ‘Jom Balik Undi’ sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terutama bagi pengundi Sabah dan Sarawak yang akan pulang untuk hari pengundian pada 19 November ini.

Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A Bakar berkata, harga promosi bermula daripada RM135 bagi perjalanan sehala dengan tambang termasuk semua itu kini dibuka untuk tempahan mulai hari ini (1 Nov) sehingga 30 November 2022 dan ia bagi perjalanan sehingga 31 Disember 2022.

MASwings juga akan membuat penerbangan tambahan untuk memenuhi lonjakan permintaan yang dijangkakan bagi beberapa laluan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, katanya.

Nasaruddin berkataMASwings, sebagai nadi Borneo, komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai bagi menyokong dan melancarkan pergerakan sempena PRU15.

Pengundi tempatan digesa pulang ke kampung halaman masing-masing supaya dapat menunaikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia, katanya.

“Kami menggalakkan semua pengundi dan pelanggan untuk membuat tempahan lebih awal supaya tidak kecewa dan terlepas tawaran MASwings,” katanya.– Bernama

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular