HomeUtamaBersatu, Umno bentuk jentera pilihan raya bersama di Tuaran

Bersatu, Umno bentuk jentera pilihan raya bersama di Tuaran

Read Time:1 Minute, 6 Second

TUARAN: Bersatu dan Umno di sini akan membentuk jentera pilihan raya bersama di Sulaman dan Pantai Dalit bagi memastikan kemenangan calon Parlimen Tuaran Datuk Joniston Bangkuai.

Ketua Menteri dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kedua-dua parti akan bekerja keras untuk memastikan calon GRS menang selesa pada Pilihan Raya Umum ke-15 di sini.

Bercakap pada majlis perhimpunan bersama pemimpin Umno bahagian Tuaran dan Bersatu Tuaran di Dewan Seri Sulaman di sini, Hajiji berkata keputusan meletakkan Joniston iaitu Adun Kiulu dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dibuat demi kepentingan kawasan pilihan raya itu.

“GRS ditubuhkan atas persefahaman bahawa sudah tiba masanya untuk semua bekerjasama untuk membangun Sabah.

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan lalu. Terlalu banyak berpolitik sehingga tanggungjawab untuk dibangunkan Negara tidak dilaksanakan,” katanya.

Hajiji berkata, sebab Sabah adalah negeri kedua termiskin di Malaysia walaupun mempunyai banyak sumber adalah disebabkan terlalu banyak perbalahan politik.

“Jadi sudah tiba masanya kita hentikan perbalahan politik ini dan sebaliknya tumpukan perhatian untuk membangunkan negeri ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang juga calon GRS Parlimen Tuaran, Ketua Umno Tuaran dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan serta Pembantu Menteri Kewangan Datuk Jasnih Daya yang juga Timbalan Ketua Umno Tuaran dan Adun Pantai Dalit.

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Ditemui Meninggal Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular