PRU-15 : PAS tidak letak calon, bantu kempen calon GRS-BN

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: PAS Sabah tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Perhubungan PAS Negeri Sabah (PPNS) di sini semalam.

“PAS Sabah telah mengambil beberapa keputusan penting antaranya ialah tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRU-15 di Sabah.

“Selain itu, semua ahli dan penyokong PAS diarahkan membantu serta mengundi semua calon yang mewakili parti-parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik berkata, ianya adalah sebagai tanda mendukung prinsip penyatuan nasional yang digagaskan oleh PAS.

Katanya, PAS Sabah akan menyelaras jentera bantu secara menyeluruh di peringkat negeri dan kawasan-kawasan.

PAS buat pertama kali mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berikutan pelantikan Aliakbar sebagai ADUN Dilantik sejak 2020.

Pelantikan itu adalah atas kapasiti PAS sebagai rakan komponen Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang menjadi sebahagian daripada GRS.

PAS bagaimanapun tidak dimasukkan sebagai komponen GRS, namun dianggap parti mesra kerajaan negeri di bawah GRS-BN pimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *