HomePolitikPRU-15: Salleh yakin kerusi Parlimen Kota Belud mampu dirampas kembali

PRU-15: Salleh yakin kerusi Parlimen Kota Belud mampu dirampas kembali

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yakin calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan mampu merampas kembali kerusi Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, Abdul Rahman juga mempunyai pengalaman luas yang mampu mengalahkan calon Parti Warisan (Warisan) pada pilihan raya ini.

“Saya yakin calon BN Datuk Rahman Dahlan yang mempunyai pengalaman luas mampu mengalahkan calon Warisan demi kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook di sini semalam.

Salleh yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Sabah turut merakamkan ucapan tahniah atas pencalonan Abdul Rahman bagi kerusi Parlimen Kota Belud.

Sehubungan itu, Salleh turut berbesar hati untuk turun padang membantu calon BN bagi memastikan kejayaan parti.

“Kerja keras untuk kemenangan parti perlu jadi pegangan setiap anggota dan akar umbi untuk memastikan BN terus memperoleh mandat untuk memerintah negara dengan mencapai kemenangan besar dalam PRU15,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

PKR Sabah perkukuh Kerajaan Madani, sokong Kerajaan Negeri sedia ada –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular