HomeIsu tempatanU-Science UMS terima Anugerah Khas Penyertaan Tertinggi Peringkat IPT

U-Science UMS terima Anugerah Khas Penyertaan Tertinggi Peringkat IPT

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Penyertaan Tertinggi Peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada Karnival Sains Sabah 2022.

U-Science muncul sebagai pemenang anugerah tersebut apabila mencatatkan pencapaian 48,419 penyertaan pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan IPT dalam 10 program yang telah dilaksanakan.

Majlis penyampaian anugerah disampaikan Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Zainudin Aman kepada Ketua U-Science UMS, Zawawi  Datuk Tiyunin pada Majlis Penutupan Karnival Sains Sabah, di sini, pada Selasa.

Menurut Zawawi, beliau tidak menyangka pihaknya dinobatkan anugerah tersebut, kerana selama ini U-Science lebih memfokuskan matlamat untuk memastikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) diterapkan dalam kalangan para pelajar bermula di peringkat awal usia.

“Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada KSTI atas penganugerahan dan sokongan terhadap U-Science selama ini.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Pusat Sains Negara, Akademi Sains Malaysia, Petrosains, Planetarium Negara, Pusat STEM Negara, Jabatan Kimia Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Sabah Stargazers dan semua rakan-rakan strategik U-Science.

“Sesungguhnya, ini merupakan satu pengiktirafan bermakna kepada kita dan UMS secara keseluruhannya,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Kasim Mansor turut melahirkan rasa gembira atas pencapaian tersebut.

“Pencapaian ini menyerlahkan peranan dan sumbangan UMS kepada komuniti dalam menyemarakkan minat dan budaya STEM di Sabah.

“Tahniah saya ucapkan kepada Zawawi serta keseluruhan pasukan U-Science,” katanya.

Untuk rekod, U-Science merupakan pusat perkhidmatan STEM setempat dan Hub STEM di UMS kepada pelbagai peringkat sekolah.

Ia antara lain bertanggungjawab menggalakkan minat pelajar terhadap STEM selain menggalakkan kreativiti dan inovasi bagi menyediakan lebih ramai murid yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian di peringkat tertiari dalam bidang Sains dan Teknologi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya