HomePolitikPRU-15 : Azizah idola saya, yakin beri sokongan - Siti Aminah

PRU-15 : Azizah idola saya, yakin beri sokongan – Siti Aminah

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching tetap menjadikan penyandang kerusi itu Datuk Seri Azizah Mohd Dun sebagai idola bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Siti Aminah berkata, Azizah merupakan seorang pemimpin wanita yang dikagumi dan terus diingati oleh semua rakyat di kawasan berkenaan.

“Pertamanya saya bersyukur apabila diberi peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya kali ini dan Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun merupakan idola saya.  Beliau merupakan pemimpin yang saya kagumi dan hormati.

“Beliau juga merupakan idola wanita di Parlimen Beaufort yang saya ingat sehingga sekarang.  Saya tetap menghormati beliau,” katanya ketika ditemui media selepas pengumuman calon BN dan GRS di sini semalam.

Majlis pengumuman calon BN dan GRS diumumkan bersama Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Siti Aminah berkata, beliau turut yakin dengan penerimaan rakyat di kawasan berkenaan dimana beliau merupakan muka baharu selepas penyandang tidak mempertahankan kerusi berkenaan.

“Alhamdullilah setakat ini saya bekerja untuk rakyat, mudah-mudahan sokongan mereka akan diterjemahkan semasa PRU-15 ini.

“Saya juga melihat kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN pada kali ini akan menguatkan lagi sokongan kita dalam menghadapi PRU-15.  Mudah-mudahan kita akan diberikan kemenangan kerana di antara kita ada kerjasama yang terjalin,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Aminah turut yakin Azizah akan memberi sokongan kepada beliau bagi menghadapi pilihan raya kali ini.

“Saya menyeru kepada semua pengundi di Parlimen Beaufort iaitu seramai 43,000 orang akan mengundi Kerajaan BN dan juga GRS demi kesejahteraan serta kebangkitan rakyat demi kesejahteraan negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya