HomeIsu tempatanJPKA kesan waris kanak-kanak lelaki ditinggalkan

JPKA kesan waris kanak-kanak lelaki ditinggalkan

Read Time:58 Second

SANDAKAN: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Bahagian Sandakan meminta waris kepada seorang kanak-kanak lelaki untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung urusan penjagaan.

Pelindung Bahagian Sandakan Erdianna Kanin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kanak-kanak lelaki yang kini berumur 8 bulan.

Menurutnya, kanak-kanak lelaki itu ditinggalkan oleh seorang lelaki berumur 30an semasa kanak-kanak berkenaan berumur 3 bulan.

“Lelaki terbabit meminta orang awam yang dikenali sebagai Noormuhminen Mohd Al-Yamin menjaga bayi lelakinya sementara dia membeli barang di kedai pekan Sedco 2 Kinabatangan pada 29 April 2022 kira-kira jam 4 petang.

“Orang awam terbabit menunggu lelaki berkenaan namun tidak munculkan diri. Keesokan harinya orang awam pergi semula ke pekan Sedco 2 Kinabatangan untuk mencari dan bertanyakan sekitar kawasan itu namun tiada sesiapa yang mengenali lelaki berkenaan,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Erdianna berkata orang awam terbabit merujuk kes itu kepada pihaknya dan seterusnya membuat laporan polis pada 5 Mei 2022 setelah dinasihatkan untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau meminta waris atau sesiapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan agar tampil membantu siasatan.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Erdianna di pejabatnya melalui talian 089-667821/668494.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya