HomeUtamaPRU15: Kekalkan Kiulu, Kota Marudu milik PBS - Maximus

PRU15: Kekalkan Kiulu, Kota Marudu milik PBS – Maximus

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA MARUDU: Sehari sebelum hari penamaan calon, Presiden Parti Bersatu Sabah(PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyingkap sejarah politik parti tersebut.

“Di dalam sejarah perjuangan PBS, ada dua kubu kita yang belum pernah kalah iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu dan Parlimen Kota Marudu.

“Oleh itu, kita mesti bekerja keras untuk mengekalkan tradisi ini,” ujar Maximus pada program Jalinan Mesra bersama Warga Mukim Talantang di Kampung Linukaan, hari ini. (4 Nov)

Maximus disambut penduduk kampung semasa program Jalinan Mesra bersama Warga Mukim Talantang di Kampung Linukaan, hari ini.

Maximus, yang sebelum ini dikhabarkan akan bertanding di kerusi parlimen Tuaran, tetapi akan mempertahankan kerusi parlimen enam penggal beliau.

“Saya membuat keputusan ini selepas duduk berbincang dengan tiga bahagian PBS di Tandek, Bandau dan Matunggong. Keseluruhan tiga bahagian inilah yang telah memutuskan supaya saya kekal mempertahankan kerusi Kota Marudu, agar kita boleh meneruskan kerja yang belum selesai.

“Bagi saya perjuangan saya, terutama sekali isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) belum selesai. Walaupun kami di Jabatan Perdana Menteri – Hal-Ehwal Sabah dan Sarawak telah menyelesaikan beberapa perkara pokok, namun kami masih belum berpuas hati dan akan meneruskan usaha untuk memperjuangkan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak, serta rakyat di kedua-dua negeri tercapai,” kata Maximus.

Pada program itu, Maximus juga menerima borang kemasukan ahli baharu dari Parti Warisan Sabah. Turut hadir pada program tersebut ADUN Tandek, Hendrus Anding.

PBS meletakkan tiga lagi calon pada Pilihanraya Umum ke-15 kali ini, iaitu ADUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai untuk kerusi parlimen P170 Tuaran, Yee Tsai Yiew (P172 Kota Kinabalu) dan Lo Su Fui (P190 Tawau).

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular