HomeSukanElak dibolosi minit akhir perlawanan - Kim Swee

Elak dibolosi minit akhir perlawanan – Kim Swee

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Pemain Sabah FC diingatkan untuk lebih fokus dalam permainan agar tidak dibolosi pasukan lawan pada minit-minit akhir dalam saingan suku akhir Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Sarawak malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau tidak mahu perkara sama berulang kembali seperti yang berlaku dalam dua perlawanan menentang UiTM FC sebelum ini.

Katanya, skuad The Rhinos sentiasa mempunyai keyakinan dalam setiap perlawanan yang dilalui untuk mencapai keputusan yang positif.

“Sama seperti perlawanan esok dimana kita cuba untuk mendapatkan kemenangan namun kemenangan esok bukan perkara utama yang perlu kita fikirkan di mana perlawanan kedua nanti akan menjadi penentu.

“Jadi kedua-dua perlawanan ini amat penting dan yang paling penting kita perlu memperbaiki lagi apa yang telah kita lalui bersama pasukan UiTM FC di mana kita tidak bermain dengan begitu baik dan dibolosi pada minit terakhir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kim Swee berkata, ketiadaan beberapa pemain utama akan memberi ruang kepada pemain lain bagi membuktikan corak permainan mereka bagi meneruskan saingan Piala Malaysia.

“Ketiadaan para pemain-pemain utama ini memberi ruang kepada pemain-pemain lain untuk membuktikan dan juga menimba pengalaman.

“Seperti saya selalu katakan kita tidak bermain dalam peringkat suku akhir pada setiap tahun dan ada pemain yang merupakan kali pertama bermain dalam suku akhir jadi ini penting untuk mereka membuktikan dan memastikan kita berada dalam landasan yang betul,” katanya.

Antara pemain yang mengalami kecederaan pada ketika ini ialah Khairul Fahmi Che Mat; Jackson De Souza; Saddil Ramdani dan Park Taesu. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya