HomeIsu tempatanUMS jalin kolaborasi bersama syarikat Korea Selatan, buka peluang pelajar jalani latihan...

UMS jalin kolaborasi bersama syarikat Korea Selatan, buka peluang pelajar jalani latihan industri

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Kejuruteraan (FKJ) telah mengadakan jalinan kolaborasi bersama beberapa syarikat industri di Korea Selatan dalam usaha membuka peluang kepada pelajarnya menjalani latihan industri di negara tersebut.

Kolaborasi tersebut dimeterai ketika program lawatan FKJ yang diketuai Dekan FKJ, Prof. Madya Ts. Dr. Ismail Saad ke beberapa syarikat industri dan universiti di Korea Selatan baru-baru ini.

Dalam program lawatan tersebut, Dr. Ismail telah menandatangani Surat Niat (LoI) bersama Donghai-Holesaw Co. Ltd., KD Seal Co. Ltd, dan Sesung Co. Ltd.

“Kita juga turut memeterai  kerjasama dengan dua universiti iaitu Universiti Kebangsaan Seoul dan Universiti Chosun.

“Kolaborasi ini antara lain adalah bagi membantu dalam penempatan latihan industri dan kerjasama penyelidikan antara kedua-dua pihak pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Ismail turut memaklumkan sejumlah 13 pelajar UMS telah melapor diri untuk bertugas di beberapa organisasi di Korea Selatan pada 25 Julai lalu. 

Menurut beliau, inisiatif untuk mendapatkan penempatan bagi pelajar UMS di Korea Selatan dipelopori oleh Profesor Emeritus Kim Seock-Sam dari Kyungpook National University, Korea Selatan sejak 2014 ketika beliau menyandang jawatan sebagai Profesor di FKJ UMS, dan kini merupakan Panel Penasihat Industri Antarabangsa yang dilantik oleh fakulti tersebut.

13 pelajar yang terlibat menjalani latihan industri selama 10 minggu di Donghai Holesaw, Sesung, Goonworld dan KD Seal Tech Co.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Kasim Hj Mansor berkata, kerjasama itu merupakan salah satu usaha UMS dalam meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan selain merealisasikan agenda pengantarabangsaan universiti melalui hubungan baik yang terjalin bersama pihak industri luar negara.

“Sudah pasti pengalaman menjalani latihan industri di negara maju akan memberi kelebihan kepada pelajar universiti ini sekali gus menyumbang kepada tenaga sumber manusia yang kompeten dan berdaya saing di Malaysia khususnya di Sabah.

“Pada masa yang sama, kerjasama ini juga meningkatkan lagi keterlihatan UMS di mata global seiring dengan Bidang Tujahan Utama (KRA) ke-3 universiti iaitu Global Prominence,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya