HomeUtamaBN nafi restui calon PBRS tanding kerusi Parlimen Ranau

BN nafi restui calon PBRS tanding kerusi Parlimen Ranau

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah
menzahirkan rasa kesal dengan tindakan parti komponennya –:Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang membelakangkan keputusan pucuk pimpinan BN dengan membenarkan Datuk Ewon Ebin bertanding di kerusi Parlimen Ranau atas tiket PBRS.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata tindakan itu jelas tidak menghormati keputusan pengerusi BN.

“Kita sama sekali menafikan penggunaan Logo BN oleh PBRS, dan BN tidak merestuinya…calon PBRS ini tidak mempunyai watikah BN untuk bertanding di kerusi parlimen Ranau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jafry berkata selaras dengan kesepakatan yang dicapai antara BN dan GRS, BN Sabah akan mengarahkan semua jentera parti untuk bekerja dan memenangkan calon GRS di Ranau.

“BN Sabah akan terus menghormati kerjasama antara BN dan GRS di negeri ini dalam PRU15, dan di Parlimen Ranau ini penyokong BN akan terus memberi sokongan kepada Calon GRS,” katanya.

Menurut Jafry, setiausaha agung PBRS telah memaklumkan kepada calon berkenaan yang juga ketua penyelaras PBRS parlimen Ranau  melalui surat bertarikh 4 November (semalam) tentang keputusan parti itu untuk membatalkan penggunaan simbol PBRS.

Kontroversi timbul selepas proses penamaan calon hari ini yang menyaksikan Ewon bersaing dalam pertembungan lima penjuru di Parlimen Ranau, sekaligus bertarung dengan calon yang diketengahkan sekutu mereka daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ewon akan menentang calon GRS yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Jonathan Yasin, Taufik Dahlan (Pakatan Harapan), Azizul Julirin (Pejuang) dan Markos Siton (Warisan).

Semakan pada laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati Ewon bertanding atas logo PBRS.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular