HomeUtamaJangan pasang bahan kempen di pepasangan elektrik - SESB

Jangan pasang bahan kempen di pepasangan elektrik – SESB

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Parti politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) digesa supaya mengelak dari memasang bahan kempen di kawasan pencawang dan pepasangan elektrik yang lain.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir Idris Mohd Noor berkata, bahan kempen seperti bendera atau sepanduk parti di tiang dan peti pembekal juga adalah tidak digalakkan.

Katanya, perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana akan berlaku risiko terkena renjatan elektrik

“Selain renjatan elektrik, perlakuan ini boleh menyebabkan gangguan elektrik jika percikan arka (flashover) terjadi dan SESB berharap agar orang ramai sentiasa berhati-hati kerana dalam keghairahan berkempen, kadangkala kita terlupa menjaga keselamatan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata, perbuatan berbahaya itu juga menyalahi peruntukan Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) iaitu merosakkan pepasangan elektrik.

Katanya, SESB akan sentiasa membuat pemantauan dan akan menanggalkan serta merta bahan kempen yang dipamer berhampiran atau di pepasangan elektrik milik SESB terutama yang mengundang risiko bahaya.

“Orang ramai turut dinasihati untuk membantu melaporkan kepada pihak SESB sekiranya melihat sebarang keadaan yang boleh mengancam keselamatan dan menjejaskan bekalan elektrik kesan daripada bahan kempen yang diletak/dipasang di pepasangan elektrik.

“Aduan atau makluman boleh disalurkan dengan menghubungi SESB Careline di 15454, 088-515000 atau Whatsapp 019-852 5427,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya