HomeUtamaPantas leraikan kekecohan di Tenom, BN Sabah rakam penghargaan

Pantas leraikan kekecohan di Tenom, BN Sabah rakam penghargaan

Read Time:55 Second

TENOM: Barisan Nasional (BN) Sabah merakamkan penghargaan atas tindakan pantas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya menangani insiden kekecohan di pusat penamaan calon di luar perkarangan Dewan DSP Antanom, Tenom hari ini.

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, kejadian kekecohan tersebut berjaya diatasi secara efisyen oleh pihak polis dan membolehkan proses penamaan calon melibatkan parti-parti bertanding berjalan dengan lancar.

“Isu kekecohan di luar dewan itu sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan umum namun saya amat berterima kasih kerana ketangkasan polis, ianya berjaya dileraikan.

“Bagi pihak BN Sabah, kita amat merakamkan penghargaan buat PDRM kerana mengawal keadaan dengan begitu baik tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Terdahulu, sekitar tengah hari tadi, berlaku insiden kekecohan apabila salah seorang daripada bakal calon Parlimen Tenom, yakni Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony yang difahamkan tidak diterima pencalonannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ekoran insiden itu, para penyokong parti tempatan tersebut bertindak di luar kawalan untuk memasuki perkarangan dewan sehingga mengakibatkan polis yang bertugas melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan mereka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular