HomeUtamaPRU-15 - Joniston yakin GRS-BN dapat tawan kerusi Tuaran

PRU-15 – Joniston yakin GRS-BN dapat tawan kerusi Tuaran

Read Time:1 Minute, 35 Second

TUARAN – Datuk Joniston Bangkuai  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu yakin GRS dapat memenangi kerusi Parlimen Tuaran kali ini.

Katanya persaingan kali ini menyaksikan perbezaan daripada Pilihanraya Undangan Negeri yang lalu di mana Parti Gabungan Rakyat Sabah ( GRS) dan juga Barisan Nasional ( BN) kini menjadi rakan politik di dalam PRU-15 kali ini.

Katanya  Persaingan itu sudah tentu ada, tetapi bagi kita di Sabah, dan saya mewakili Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di mana parti GRS dan juga Barisan Nasional ( BN) menjadi satu di dalam Pilihanraya kali ini.

“ Walaupun ada perbezaan dari segi pendekatan politik, tetapi apabila kita bercakap tentang perlunya Bersatu untuk membawa pembangunan di Negeri Sabah, melalui gabungan GRS-BN kali ini dan rakyat kini sudah mula melihat hasilnya” katanya ketika ditemui krew Sabahmedia sebaik tamat proses penamaaan calon pagi ini,

Tambah Joniston yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah itu kebersamaan ini penting di dalam melihat kestabilan politik yang telahpun berlaku Di Sabah.

“ Jadi saya berharap ini boleh diterjemahkan di dalam pilihanraya Parlimen kali ini dan kebersamaan dan Kerjasama  ini adalah demi untuk rakyat ianya harus diteruskan”

“ Bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan dan itu adalah amat penting sekali katanya.”

Parlimen Tuaran menyaksikan  Enam calon yang disahkan layan bertanding bagi kerusi ini ialah  Datuk Datuk Joniston Bangkuai yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah ( GRS), Jo Anna Sue Henley Rampas  Parti Warisan (Warisan); Datuk Seri Madius Tangau  yang mewakili parti Pakatan Harapan ( PH).

Manakala 2 parti bebas iaitu Datuk noortaip bin suhaili @sualee yang merupakan mantan Ketua UMNO Bahagian Tuaran dan Setiausaha Agong Persatuan Dusun Sabah, Boby Bin Lewat.

Parlimen P170 tuaran akan menyaksikan seramai 83,224 jumlah pemilih  berdaftar. di dalam PRU-14 lalu, Parlimen Tuaran dimenangi Wilfred Madius Tangau yang netika itu bertanding di atas tiket Barisan Nasional dengan majoriti 7624 undi.

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular