HomeUtamaPRU15: Calon GRS P.189 Semporna tidak takut ke gelanggang perlawanan

PRU15: Calon GRS P.189 Semporna tidak takut ke gelanggang perlawanan

Read Time:58 Second

SEMPORA: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi P.189 Semporna, Nixon Abdul Habi tidak menganggap penyertaannya sebagai calon untuk bertanding bagi kerusi itu hanya memenuhi kuota calon parti.

Menurutnya, walau berhadapan pencabar utama yang juga penyandang kerusi itu iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan) dan dua lagi calon lain dari Pakatan Harapan dan Pejuang Tanah Air tidak pernah membuatkan dirinya takut melangkah ke gelanggang perlawanan.

“Walau ini pengalaman pertama dalam pilihan raya meski sudah lama berkecimpung dalam politik lebih kurang 20 tahun, saya yakin hari ini saya bersedia untuk menyahut cabaran dan juga amanat yang telah ditempatkan di bawah kita mewakili parti GRS berhadapan Presiden Warisan yang juga mantan Ketua Menteri Sabah itu,” katanya.

Beliau berkata selepas ditemui pada Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) P.189 Semporna dan PRK N.66 Bugaya di Dewan Masyarakat Semporna, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, Shafie sememangnya pemimpin disegani di daerah Semporna namun sudah tiba masa untuk Semporna diterajui pemimpin baharu bagi meneruskan perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara.

Sementara itu Nixon berkata, sepanjang kempen pada PRU15 ini beliau akan membawa ‘tagline’ membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat Sabah dan Malaysia.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular