PRU15: Lau bertekad bawa Sandakan sebuah daerah lebih membangun

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 12 Second

SANDAKAN : Calon Ahli Parlimen P.186 Sandakan Lau Chi Keong @ Thomas Lau (GRS-SAPP) bertekad membawa Sandakan kepada sebuah daerah yang lebih membangun.

Jelasnya, antara yang diperlukan adalah lebih banyak pelaburan dapat dibawa masuk ke Sandakan sekaligus peluang kerja dapat disediakan lebih banyak lagi.

Sementara hubungan BIMB-EAGA jua perlu terus dikukuhkan dalam usaha menarik lagi banyak peluang niaga dan membangun Sandakan amnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Media sejurus Penamaan Calon PRU15 bagi kerusi P.186 Sandakan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Sandakan pada Sabtu.

Lau akan bertemu penyandang kerusi itu, Vivian Wong Shir Yee (Pakatan Harapan),

Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik (Bebas) Thien Ching Qiang (Warisan), Lokeman Hazli Azali (Bebas) dan Lita Tan Abdullah (Bebas).

Beliau berharap, pengundi bijak menilai siapa wakil pemimpin Sandakan agar dapat membawa suara rakyat keseluruhan kelak di Dewan Rakyat.

Lau berusia 73 tahun dan merupakan seorang anak jati Sandakan.

Beliau berkhidmat sebagai timbalan presiden Majlis Perbandaran Sandakan dari 1999 hingga 2005.

Lau juga lama bergiat aktif dalam kerja-kerja amal bersama beberapa buah NGO. Beliau menyertai parti SAPP dan dilantik sebagai naib pengerusi zon Sandakan tahun lepas. Lau kemudian dipilih naib presiden semasa kongres parti SAPP bulan September lepas ,

Beliau telah berkecimpung dalam perniagaan setelah bersara dari perkhidmatan awam negeri pada tahun 2005.

Lau dilantik sebagai Ketua Masyarakat Cina (Kapitan) Tanjung Papat pada bulan Disember 2021.

Sebelum itu beliau pernah dilantik sebagai Kapitan Taman Sibuga dari tahun 2014 sehingga 2018.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *