Putatan maju jadi aspirasi Shahelmey

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

PUTATAN: Perancangan mapan dalam meningkatkan kemajuan pembangunan daerah Parlimen Putatan menjadi asas aspirasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Beliau berkata, pihaknya melihat terdapat keperluan meluas untuk peningkatan berkenaan melibatkan aspek perumahan rakyat.

“Saya melihat bahawa ada keperluan untuk kita merancang pembinaan perumahan di kawasan Parlimen Putatan ini, daripada Sembulan, Tanjung Aru, hinggalah Taman Pantai Lok Kawi kerana Putatan merupakan satu kawasan yg berada di pinggir bandar yg membangun dengan pesat.

“Sekarang ini ianya padat dengan kawasan-kawasan perumahan, kampung dan juga setinggan.

“Adalah penting untuk saya membawa suara ini di peringkat kebangsaan agar menjadi realiti bagi kita sediakan perumahan-perumahan khususnya utk mereka yang berpendapatan rendah dan juga sederhana rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon Parlimen P173 Putatan di Dewan Sri Putatan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, antara manifesto calon yang bakal dibawa dalam tempoh berkempen ini adalah memperkemaskan dan mempertingkatkan prasarana yg ada di Parlimen Putatan.

“Kalau kita tengok kesan daripda monsun timur laut ini, apabila kadar taburan hujan meningkat selalu berlaku banjir kilat di Putatan.

“Jadi perancangan-perancangan teknikal seperti rancangan tebatan banjir perlu kita perkemaskan dan percepatkan begitu juga tentang jaringan jalan raya yg perlu dipercepatkan pembinaan-pembinaanya, agar kadar lalu lintas di Putatan dapat kita jadikan dalam keadaan lebih selesa dan lebih selamat.

“Selain daripada itu, perkhidmatan local authority seperti majlis-majlis daerah, atau dewan bandaraya juga perlu kita kemaskan agar memberi keselasaan kepada penduduk-penduduk yang ada di kawasan Putatan,”katanya.

Terdahulu, Shahelmey yang merupakan calon no 2 bakal berhadapan dengan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Putatan, kali ini.

Beliau menghadapi cabaran daripada penyandang sebelum ini, Awang Husaini Sahari dari Pakatan Harapan (PH), Ahmad Mohd Said dari WARISAN dan Patrick Payne dari Pejuang Tanah Air.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *