HomeUtama186 anggota dan pegawai polis memantau proses penamaan calon di Semporna

186 anggota dan pegawai polis memantau proses penamaan calon di Semporna

Read Time:1 Minute, 12 Second

SEMPORNA: Seramai 186 anggota dan pegawai polis bertugas memastikan kelancaran proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen P.189 Semporna dan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.66 Bugaya di Dewan Masyarakat Semporna.

Ketua Polis Daerah, Supt. Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, anggota dan pegawai telah mula bersedia seawal jam 3 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna sebelum ke lokasi bermula jam 5 pagi.

Tinjauan media di lokasi menyaksikan calon yang hadir untuk proses penamaan calon mula berkumpul bersama penyokong seawal jam 7.30 pagi dan mula memasuki dewan penamaan pada jam 9 pagi.

Parlimen P.189 Semporna merekodkan sebanyak 72,169 pemilih berdaftar menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu Nixon Abdul Habi (GRS-BERSATU), Arastam Im Pandorog (PH-PKR) dan Ab Rajik Rajak Hamid (Pejuang) dan penyandang kerusi Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN).

Kesemua penyokong parti yang hadir berada 50 meter dari pusat penamaan.

Manakala N.66 Bugaya pula merekodkan 32,761 pemilih berdaftar menyaksikan pertembungan tujuh penjuru iaitu Jamil Hamzah (WARISAN), Abd Aziz Mohd Ibno (BN-UMNO), Nazmahwati Walli (Parti Bangsa Malaysia), Arastam Im Pandorog (PH-PKR), Karil Pg Kuraini (Parti Perpaduan Rakyat Sabah), dan Zulfadzli Shi Ahmad (Bebas).

Proses penerimaan borang calon tamat jam 10 pagi dan pengumuman sah calon bertanding telah dilakukan Pengurus Pilihan Raya P.189 Semporna dan N.66 Bugaya, Juraimin Jadil.

Tidak ada insiden buruk berlaku sepanjang proses penamaan calon itu berlangsung dengan semua penyokong parti mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular