HomeUtamaPRU15: Parlimen Semporna bersaing 4 penjuru, PRK DUN Bugaya 7 penjuru

PRU15: Parlimen Semporna bersaing 4 penjuru, PRK DUN Bugaya 7 penjuru

Read Time:39 Second

SEMPORNA: Kerusi Parlimen Semporna menyaksikan pertandingan empat penjuru sementara kerusi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.66 Bugaya pula mengesahkan seramai tujuh calon layak bertanding.

Antara calon bagi kerusi P.189 Semporna adalah Nixon Abdul Habi (GRS-BERSATU), Arastam Im Pandorog (PH-PKR) dan Ab Rajik Rajak Hamid (Pejuang) dan penyandang kerusi Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN).

Calon -calon PRK N.66 Bugaya.

Bagi calon PRK, N.66 Bugaya pula adalah Jamil Hamzah (WARISAN), Abd Aziz Mohd Ibno (BN-UMNO), Nazmahwati Walli (Parti Bangsa Malaysia), Arastam Im Pandorog (PH-PKR), Karil Pg Kuraini (Parti Perpaduan Rakyat Sabah), Mohd Hassan Abu Bakar (Pejuang) dan Zulfadzli Shi Ahmad (Bebas).

Pengumuman calon bertanding dilakukan oleh Pengurus PRU P.189 Semporna, Juraimin Jadil pada jam 11 pagi.

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS serah sumbangan kepada 16 KIR terjejas kebakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular