PRU15: Persaingan 4 Penjuru di Parlimen Putatan

Read Time:51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Parlimen Putatan menyaksikan persaingan empat penjuru sejurus tamat masa penerimaan pendaftaran calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada jam 10 pagi di Pusat Penamaan Calon, Dewan Sri Putatan di sini, hari ini.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya Mokhtar Hussin mengumumkan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 yang layak bertanding di P.173 Putatan ialah calon Barisan Nasional (BN) Datuk Shahelmey Yahya (BN), Pakatan Harapan (PH) Awang Husaini Datuk Sahari, Parti Warisan (Warisan) Ahmad Mohd Said dan Pejuang Tanah Air (Pejuang) PoyneTudus @Patrick Payne.

Kira-kira 1000 penyokong calon parti-parti yang bertanding hadir dengan membawa bendera parti masing-masing dan memberikan sokongan di luar perkarangan Pusat Penamaan Calon P.173 Putatan.

Sementara, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga memastikan dan mengawal keadaan keselamatan dengan baik serta proses penamaan calon berjalan lancar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga penyandang kerusi P.173 Putatan, Husaini Datuk Sahari menang dengan majoriti 2,339 undi menewaskan Barisan Nasional (BN).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.