HomePolitikPRU15 : Ronald Kiandee tawar diri jadi wakil rakyat bertanding di...

PRU15 : Ronald Kiandee tawar diri jadi wakil rakyat bertanding di Parlimen Beluran, sedia dialog secara bersama calon lain

Read Time:1 Minute, 42 Second

BELURAN: Bekas penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee menawarkan diri bertanding bagi dipilih sebagai wakil rakyat selepas tidak dinamakan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hadir di lokasi penamaan calon di Dewan Masyarakat Beluran, pagi tadi.

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu itu tiba kira-kira jam 8.45 pagi dengan memakai kemeja formal.

Kehadiran Ronald itu akan menyaksikan pertandingan lima penjuru di Parlimen Beluran melibatkan Calon WARISAN Rowiena Rashid, Benedict Asmat (BN), Felix Joseph Saang (PH) dan Hausing Samsudin Pejuang.

Ronald ketika ditemui media memaklumkan, beliau menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat Parlimen P183 Beluran.

“Saya menawarkan diri sekali lagi untuk dipilih sebagai wakil rakyat parlimen bagi kawasan P183 Beluran.

“Tentu sekali, agenda yang besar yang perlu diangkat di kawasan parlimen ini adalah agenda pembangunan berterusan dan mengangkat masalah infrastruktur kekurangan, jurang perbezaan peruntukan yang sering ketara yang masih berlaku di kawasan luar bandar Beluran ini.

“Sekali lagi untuk tempoh lima tahun, saya menawarkan diri untuk dipilih diangkat meneruskan usaha bagi membangunkan, mengangkat masalah yang dihadapi oleh kawasan parlimen Beluran ini,” katanya kepada pemberita di di Dewan Masyarakat Beluran, pagi tadi.

Ketika ditanya sama ada pihaknya bersedia untuk mengadakan dialog terbuka bersama calon-calon di Parlimen berkenaan, beliau menjelaskan tiada sebarang halangan dan bersifat terbuka.

“Boleh, saya tiada halangan, jika itu merupakan pendekatan yang akan dibuat di peringkat parlimen ini, saya terbuka kepada cadangan itu.

“Saya bukan kali pertama berdialog dengan calon, saya bersedia malah,  saya juga sering berdialog dengan masyarakat kampung termasuk generasi anak muda, dan mendengar aspirasi mereka membawa aspirasi mereka ke peringkat Nasional.

“Pendekatan saya selama ini adalah bersemuka, membuat interaksi yang dekat, dengan semua golongan termasuk anak muda,” katanya.

Terdahulu, Penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengesahkan akan bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Beluran bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia berikutan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin BN mencalonkan bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Benedict Asmat bagi membawa cabaran gabungan itu di kerusi berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular