HomePolitikKerjasama GRS-BN menangkan calon bertanding demi kestabilan, kemakmuran rakyat

Kerjasama GRS-BN menangkan calon bertanding demi kestabilan, kemakmuran rakyat

Read Time:1 Minute, 24 Second

NABAWAN : Gandingan jentera parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) dalam membantu kempen calon BN Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup mencerminkan satu kerjasama yang berjiwa besar.

Kerjasama yang dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini juga dilihat telah meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Bahagian Pensiangan Abi Wednes Gagamboi berkata, Arthur merupakan pilihan terbaik bagi memimpin Parlimen Pensiangan sesuai dengan usianya yang masih muda.

Bagi Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bobbey Ah Fang Suan mahu jentera parti dalam gabungan ini bersatu bagi memberi kemenangan kepada calon BN disamping memberikan kerjasama yang utuh bagi memudahkan pengurusan para pengundi.

Terdahulu, Arthur turut melancarkan manifestonya pada PRU15 bagi kawasan Parlimen Pensiangan di Dewan Kampung Melampoi, Nabawan di sini hari ini.

Arthur berkata, beliau telah berusaha keras bagi membawa pembangunan di kawasan Pensiangan dalam tempoh dua tahun sebelum ini.

Katanya, dalan tempoh itu, hampir RM1.2 bilion telah disalurkan melalui projek-projek pembangunan serta program-program pemerkasaan dan kebajikan khususnya bagi penduduk di kawasan ini.

“Antaranya projek menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungan, menaik taraf jalan Pekan Pagalungan ke Pensiangan, menaik taraf Jalan Sinaron ke Linayukan, Tongod dan Program Kaki-Kaki Kampung,”katanya.

Manifesto PRU15 Parlimen Pensiangan mengandungi enam Teras merangkumi Infrastruktur; Pendidikan dan Modal Insan, Ekonomi dan Keusahawanan; Sosial dan Kebajikan; Pembangunan Belia dan Sukan serta Tanah dan Adat menggariskan perancangan pembangunan dan sosial Parlimen Pensiangan bagi tempoh lima tahun dengan satu matlamat ‘Hebatkan Pensiangan’.

Ketika membentangkan Manifesto PRU15, Arthur menyatakan komitmen beliau untuk membangunankan Parlimen Pensiangan melalui keenam-enam teras yang telah digariskan dan akan menjadi keutamaan beliau sebagai wakil kepada suara Keluarga Malaysia di kawasan Pedalaman Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri tidak pinggir wakil rakyat pembangkang, tetap...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya