HomePolitikTingkat keupayaan sampaikan bahan kempen calon melalui IT: Raime

Tingkat keupayaan sampaikan bahan kempen calon melalui IT: Raime

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah perlu meningkatkan keupayaan teknologi maklumat dalam menyampaikan bahan kempen calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, selain daripada menyampaikan aspirasi dan visi calon bertanding, ia sekaligus memperlihatkan kejituan jentera dalam memerangi cabaran kempen.

“Kita tidak mahu jentera menidakkan keupayaan kecanggihan teknologi maklumat apatah lagi zaman kini hampir keseluruhan rutin harian menggunakan banyak aplikasi sosial.

“Maka, saya seru supaya semua jentera BN atau mereka yang terlibat dalam kempen calon BN meningkatkan prestasi mereka menggunakan kemudahan IT ini agar dapat menyampaikannya secara telus dan mudah untuk pengetahuan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menggesa supaya jentera BN di Sabah turut memantau setiap perkembangan maklumat menerusi alam siber bagi memastikan rakyat tidak terpedaya dengan sebarang anasir khabar angin atau maklumat palsu.

“Terdapat segelintir pihak mengupah laskar siber untuk membuat sebarang provokasi atau menyebar maklumat palsu bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap calon-calon bertanding, maka saya meminta jentera kita memantau perkembangan ini.

“Balas dengan fakta, dan sekiranya dianggap melampau, berbaur fitnah, saya minta jentera masing-masing merujuk atau membuat tindakan seperti melapor kepada pihak berkuasa agar senario ini dapat ditangani dari semasa ke semasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular