HomePolitikPRU15 : Aminah mulakan kempen bertemu peniaga, penduduk di Menumbok

PRU15 : Aminah mulakan kempen bertemu peniaga, penduduk di Menumbok

Read Time:1 Minute, 3 Second

BEAUFORT : Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching memulakan siri kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mengadakan tinjauan mesra bertemu penduduk dan peniaga sekitar Pekan Menumbok di sini semalam.

Aminah meluangkan masa hampir satu jam lebih bertemu penduduk serta peniaga di pekan berkenaan dan turut diiringi Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Ag Aslee Lakat; Naib Ketua Bahagian Ag Damit Jion; Setiausaha Bahagian Abdul Rahman Taib.

Secara tradisi, kawasan tersebut merupakan kubu kuat BN sejak sekian lama.Sebaik selepas membuat tinjauan mesra, Aminah kemudian menghadiri satu program ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Menumbok.

Pada ceramah itu, Ag Aslee menyatakan sokongan penuhnya terhadap pemilihan Aminah sebagai calon BN di kawasan Parlimen Beaufort.

Katanya, ia selaras dengan pendirian sebelum ini bahawa siapa saja dalam kalangan pemimpin bahagian yang diberi kepercayaan pucuk pimpinan atasan akan diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Alhamdulillah, kawasan ini telah diberi peluang kepada BN untuk meletakkan calon pada pilihan raya umum kali ini. Ini bermakna usaha kita untuk menyakinkan pimpinan atasan telah dimakbulkan,” katanya.

Menurutnya, kawasan ini bukan sekadar diberikan kepada BN untuk bertanding malah ia perlu dimenangi calon yang bertanding.

Ag Aslee yang juga Pengerusi BN Beaufort yakin berdasarkan sambutan dan sokongan rakyat, BN boleh memperoleh kemenangan di kawasan ini.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya