HomeUtamaLelaki berulang kali ambil syabu dipenjara sembilan tahun, tiga sebatan

Lelaki berulang kali ambil syabu dipenjara sembilan tahun, tiga sebatan

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan kerana berulang kali mengambil dadah jenis syabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Seris Kapur, 46, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan, hari ini.

Seris didapati mengambil dadah jenis syabu selepas ujian air kencing yang dijalankan di sebuah balai polis pada jam 1.50 tengah hari, 24 Julai tahun ini, menunjukkan keputusan positif.

Dia mempunyai rekod sabitan lampau atas kesalahan mengambil dadah mengikut Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bagi kesalahan terbaharu itu, Seris didakwa mengikut Seksyen 39C(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 13 tahun dan minimum tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 24 Julai tahun ini.

Seris turut diperintahkan menjalani pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Ketika mengemukakan rayuan, Seris yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dan supaya hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Arfa Ancheal Khan memohon hukuman berbentuk pencegahan mengambil kira keseriusan dan berleluasanya kes dadah.

RELATED ARTICLES
Utama

Angkut dadah dari Lembah Klang ke Sabah – 13 ditahan termasuk...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular