HomeUtamaLelaki jalani hukuman amang seksual, kini didakwa rogol mangsa sama

Lelaki jalani hukuman amang seksual, kini didakwa rogol mangsa sama

Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman atas kesalahan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol mangsa sama.

Lelaki berusia 23 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun itu di sebuah kediaman pada jam 1 pagi, November 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Januari 2027 untuk pengurusan kes praperbicaraan tanpa menawarkan ikat jamin kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal had umur belia sehingga 40 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular