HomeUtamaWarga emas akan terus diberi perhatian dalam Bajet 2023

Warga emas akan terus diberi perhatian dalam Bajet 2023

Read Time:2 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) memperuntukkan sebanyak RM105.11 juta termasuk sebanyak RM60 juta bagi pemberian bantuan kebajikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal untuk tahun 2022 di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata peruntukan ini adalah untuk memenuhi keperluan asas dan meningkatkan keselesaan hidup golongan yang memerlukannya termasuk warga emas.

Katanya, kerajaan akan terus meningkatkan peruntukan dalam bajet 2023 yang akan datang, sebagai tanda keprihatinan kepada mereka yang memerlukanya khususnya warga emas di negeri ini.

“Sebagai Kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, kita sentiasa mengambil berat keperluan setiap lapisan rakyat terutama golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

“Justeru, kerajaan akan terus menambahbaik sistem penyampaian bantuan kepada golongan sasar sama ada kepada individu mahupun keluarga yang kurang berkemampuan atas faktor kesihatan, kecacatan dan kematian.

“Kerajaan juga telah, sedang dan akan terus melaksanakan pelbagai agenda untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga emas sentiasa terpelihara. Ini termasuklah menyalurkan peruntukan kepada kementerian dan jabatan berkaitan serta persatuan-persatuan warga emas di seluruh negeri, setiap tahun menerusi Bajet negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Perayaan Warga Tua Antarabangsa dan Ulang Tahun Ke-23 Majlis Persatuan Warga Emas Sabah atau COSCA merangkap Makan Malam Pengumpulan Dana bagi Bangunan COSCA di sini malam tadi.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan.

Hajiji berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan program sejajar dengan keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan hidup golongan warga emas.

“Antaranya memperkenalkan Program ‘Homeward’ bagi memastikan penyertaan komuniti dalam penjagaan kebajikan ahli keluarga terutama golongan warga emas.

“Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) juga diyakini mampu meningkatkan
budaya sihat dalam kalangan warga emas di negeri ini. Kesemua usaha ini jelas membuktikan bahawa golongan warga emas sentiasa dekat di hati Kerajaan.

“Kita akan terus memastikan bahawa tidak ada kelompok masyarakat yang tertinggal daripada menikmati pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan. Mereka yang
kurang bernasib baik tidak akan terpinggir atau tersisih. Sebaliknya, akan terus mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada Kerajaan,” katanya.

Mengenai permohonan COSCA supaya kerajaan Sabah membantu persatuan itu untuk mempunyai bangunan sendiri, kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara ini dan akan berusaha membantu demi kepentingan warga emas di negeri ini.

“Persatuan warga emas termasuk COSCA yang kini berusia lebih 20 tahun memainkan
peranan yang penting untuk membela dan mempertingkatkan hak-hak kepentingan
warga emas.

“Warga emas adalah sumber yang sangat penting untuk negara, masyarakat dan keluarga. Pengalaman, kepakaran, nasihat dan bimbingan warga emas telah banyak membantu Kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan agenda pembangunan negeri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya