HomeIsu tempatanPelajar Sabah raih tempat pertama Pertandingan Puisi Haiku

Pelajar Sabah raih tempat pertama Pertandingan Puisi Haiku

Read Time:1 Minute, 14 Second

KENINGAU: Siti Nur Hanisah Omar Hashim, pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau, telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Haiku di Festival Seni “Argentine Gathering” yang berlangsung secara dalam talian pada 5 November lalu.

Festival tersebut yang berpangkalan di Buenos Aires, Argentina merupakan anjuran Monolit Festivals iaitu sebuah persatuan seni dari benua Eropah.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Sabin berkata, Hanisah telah menulis 10 puisi haiku dengan menjadikan ibubapa dan suasana sekolah sebagai sumber inspirasi.

“Haiku adalah puisi yang berasal dari negara Jepun dengan format tersendiri. Ianya terdiri dari tiga barisan ayat dengan suku kata spesifik iaitu lima suku kata bagi ayat pertama tujuh suku kata bagi ayat kedua dan lima suku kata bagi ayat terakhir. Dua ayat pertama merupakan pembayang bagi ayat ketiga yang menyampaikan maksud atau mesej sebenar puisi tersebut.

“Puisi haiku yang dianggap sebagai salah satu warisan budaya sastera negara Jepun selalunya bertemakan alam semulajadi,” jelas Johari dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Johari lagi, Hanisah pernah menghadiri beberapa bengkel menulis haiku yang dianjurkan oleh sekolahnya dengan jurulatih dari negara Britain dan Amerika Syarikat melalui aplikasi Google Meet.

Beliau bersama warga kolej sangat berbangga dengan kejayaan Hanisah dan merakamkan ucapan tahniah kepadanya.

“Saya berharap agar para pelajar lain juga terus menghasilkan karya seni yang mampu meningkatkan kemampuan mereka untuk memelihara warisan budaya, menguasai bahasa Inggeris serta mengasah bakat dalam bidang persembahan, penulisan dan visual,” katanya.

Video rakaman puisi yang disampaikan oleh Hanisah boleh diakses melalui: https://youtu.be/DO37X1oHCrE

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya