HomePolitikSaya bukan calon pembangkang - Ronald

Saya bukan calon pembangkang – Ronald

Read Time:1 Minute, 57 Second

BELURAN : Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menegaskan beliau bukan calon pembangkang untuk bertanding di Parlimen Beluran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, sebaliknya mewakili Perikatan Nasional (PN) yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan.

Ronald menjelaskan ini bukan pertama kali logo PN digunakan di Sabah di mana dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun 2020, logo PN telah digunakan oleh calon-calon negeri Sabah yang menganggotai kabinet Kerajaan Negeri Sabah pada hari ini.

“Saya adalah ahli BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan oleh itu tidak berbangkit sama sekali soal bahawa saya adalah kononnya calon pembangkang.

“BERSATU adalah komponen parti dalam GRS dan juga komponen penting dalam gabungan PN di peringkat nasional,” katanya semasa program santai di Kampung Muanad 3 di sini, semalam.

Justeru, Ronald menegaskan bahawa PRU-15 ini tentu sekali kerusi-kerusi yang diwakili calon GRS adalah kerusi untuk mengukuhkan PN di peringkat nasional.

“Saya yakin, Perikatan Nasional merupakan platform tepat bagi terus mengangkat aspirasi masyarakat Beluran di peringkat nasional berdasarkan kepada rekod pencapaian dan keupayaan pemimpin yang terpilih,” katanya.

Beliau menambah Kerajaan lalu, PN mewakili sebanyak 46 kerusi Parlimen, manakala Barisan Nasional (BN) hanya 42 kerusi sahaja dengan 12 Menteri dalam Kabinet Persekutuan adalah dari PN.

Ronald yang juga Caretaker Menteri Pertanian dan Industri Makanan menegaskan apa yang penting, agenda besar mesti terus diangkat di kawasan ini (Beluran) bagi pembangunan berterusan serta mengangkat masalah kekurangan infrastruktur dan jurang perbezaan peruntukan pembangunan yang masih berlaku di kawasan luar bandar Beluran.

“Pembangunan dan kemajuan di Beluran perlu diteruskan bersandarkan kepada visi, rancangan dan pelan yang dibawa serta kemampuan pemimpin.

“Ia bukannya bersandarkan kepada politik kotor dan serangan peribadi untuk melemahkan pihak lawan,” katanya.

Mengenai pertembungan lima penjuru di Parlimen Beluran pada PRU Ke-15 ini, Ronald menyifatkan ia adalah satu ‘friendly fight’ yang perlu diterima secara matang oleh semua pihak.

Katanya rakyat Sabah berpengalaman melalui pertembungan “friendly” sebegini pada PRN Sabah yang lalu.

Menurutnya, ini juga berlaku di Parlimen Ranau yang turut menyaksikan calon Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bertanding bersama-sama calon yang diketengahkan oleh GRS.

Beliau berkata rakyat tempatan tentu sekali akan membuat pilihan mereka berdasarkan rekod perkhidmatan dan kebolehan calon-calon yang bertanding.

Kerusi Parlimen Beluran menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon lain ialah Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (WARISAN), Hausing Samsudin @ Sudin (Pejuang) dan Felix Joseph Saang daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mewakili Pakatan Harapan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya