HomeIsu tempatanPersembahan Tun Juhar pukau tetamu

Persembahan Tun Juhar pukau tetamu

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Lagu ‘It’s Now and Never’ dan ‘One Night With You’ yang didendangkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, memukau tetamu di Malam Sanjungan Kasih.

Lagu yang popular sekitar tahun 1960an itu dibawakan Tun Juhar sambil diiringi anakanda sulung, Brigedier Jeneral Datuk Al Hambra Juhar.

Tun Juhar yang memainkan keyboard manakala Al Hambra dengan gitar turut menghidangkan dua lagu instrumental secara medley bersama kugiran dari Keningau, The Real One Band. 

Turut menghiburkan tetamu, persembahan khas oleh petugas Istana Seri Kinabalu, keluarga dan sahabat handai Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni sempena sambutan hari jadi Tun Juhar pada 5 November.

Hadir memeriahkan majlis, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong. 

Malam Sanjungan Kasih pada tahun ini memilih tema bollywood dan merupakan acara penutup sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-69 Tun Juhar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya