HomeIsu tempatanMaritim Malaysia erat hubungan dengan komuniti nelayan

Maritim Malaysia erat hubungan dengan komuniti nelayan

Read Time:1 Minute, 8 Second

LABUAN: Penyaluran maklumat dari komuniti nelayan amat penting dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman perairan negara sentiasa terpelihara dan ianya juga merupakan mata dan telinga bagi penguatkuasa di laut.

Atas inisiatif itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan Program Sahabat Maritim di Kampung Batu Manikar, Labuan, di sini semalam.

Program ini dirasmikan Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh bertempat di Balai Raya, Kampung Batu Manikar, Labuan.

Program Sahabat Maritim merupakan satu gerbang dalam mengeratkan lagi hubungan diantara Maritim Malaysia dengan komuniti nelayan tempatan serta meluaskan lagi jaringan komunikasi antara dua pihak.

Selain itu, program ini turut menjadi medan bagi mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi komuniti terutamanya dalam bab perundangan.

Program yang membabitkan seramai 120 anggota penguatkuasa serta 100 penduduk kampung ini turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua Kampung Batu Manikar Mohd Ismail Abdul Rahman.

Selain dari taklimat keselamatan, turut diadakan pameran kerjaya oleh agensi/jabatan kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan, pertandingan bagi kanak-kanak serta acara sukan rakyat.

Dalam majlis yang sama, Maritim Malaysia turut berbesar hati menyampaikan jaket keselamatan serta sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan warga emas.

Dengan adanya program seperti ini diharap agar ianya dapat membentuk satu jalinan hubungan serta komunikasi yang baik diantara Maritim Malaysia dengan komuniti supaya dapat bersama-sama menjaga perairan negara agar terus kekal aman dan selamat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya