HomeUtamaGRS-BN Perjuang MA63 melalui tindakan

GRS-BN Perjuang MA63 melalui tindakan

Read Time:1 Minute, 10 Second

TAWAU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini sentiasa memperjuang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui tindakan rasional dan bukan hanya laungan kosong di media sosial.

Calon GRS Parlimen Tawau, Lo Su Fui berkata, kerajaan GRS dan BN tidak pernah berdiam dalam soal mendapat hak rakyat Sabah dan sentiasa melakukan tindakan termasuk menyerahkan proposal yang lengkap berkaitan isu itu.

“Kerajaan GRS dan BN sentiasa melakukan tindakan secara rasional dan melakukannya melalui saluran yang betul, membuat proposal lengkap dan menghantarnya kepada pihak berkaitan.

“Kerajaan tidak hebohkan apa yang mereka buat tapi kesannya kita dapat lihat apabila kerajaan GRS-BN bejaya menuntut RM3 billion daripada Petronas, ini menunjukkan kita bekerja secara ‘low profile’,” katanya ketika program bersama media di sini hari ini.

Lo yang juga Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri dalam pada itu merayu pengundi di Parlimen Tawau untuk berfikir berkaitan tiga fokus penting sebelum memilih calon yang akan diundi pada 19 November ini.

“Saya hanya meminta pengundi bertanya kepada diri sendiri tiga soalan, yang pertama adakah calon ini tahu masalah di Tawau, adakah calon tahu penyelesaian masalah di Tawau dan yang ketiga adakah calon ini boleh memajukan Tawau,” katanya.

PRU15 bagi Parlimen Tawau menyaksikan persaingan enam penjuru iaitu Lo Su Fui (GRS), penyandang kerusi, Datuk Christina Liew Chin Jin (Pakatan Harapan), Chenn Ket Chuin (Warisan), Herman Amdas (Pejuang) dan dua calon Bebas Chin Chee Syn dan Mohd Salleh Bacho.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Peruntukan pembangunan dicadang masuk ke KWD

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular