HomeUtamaPRU15 : Aminah mahu beri tumpuan aspek pendidikan, sosio ekonomi rakyat di...

PRU15 : Aminah mahu beri tumpuan aspek pendidikan, sosio ekonomi rakyat di Beaufort

Read Time:1 Minute, 30 Second

KUALA PENYU : Pendidikan dan sosioekonomi rakyat akan diberi tumpuan utama oleh calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching apabila berjaya diberi mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain itu beliau juga mahu memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat di Parlimen Beaufort khususnya yang melibatkan warga emas dan ibu tunggal serta golongan kurang berkemampuan.

“Jika diberi mandat rakyat selepas pilihan raya ini, antara misi dan visi yang ingin saya bawa untuk rakyat di kawasan ini adalah untuk memakmurkan dan mensejahterakan rakyat selain membawa beberapa pembangunan kepada Parlimen Beaufort.

“Antaranya adalah kita akan membantu dari segi sosioekonomi, pembelajaran anak-anak iaitu pendidikan dan tidak lupa juga kebajikan untuk warga emas, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di sekitar Tamu Pekan Kuala Penyu di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kempen yang telah dilaksanakan selama tiga hari itu, Aminah berkata, sambutan yang diterima daripada rakyat adalah positif.

“Alhamdulillah setelah kita berkempen selama tiga hari ini, kita nampak positif dan juga penerimaan mereka kepada gabungan diantara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini sangat memberangsangkan.

“Kita juga turut bekerja bersama-sama mereka untuk memastikan kejayaan dan kemenangan untuk kerajaan BN dan GRS,” katanya.

Mengenai persaingan enam penjuru, Aminah melihat ia bukan suatu yang luar biasa namun menganggap ianya adalah pertandingan yang profesional.

“Bagi saya kita secara professional kita anggap mereka adalah rakan kita dalam satu perjuangan bersama-sama kita selain berjuang untuk menentukan nasib masing-masing,” katanya.

Kerusi Parlimen Beaufort sebelum ini disandang Datuk Seri Azizah Mohd Dun namun beliau tidak mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU15.

Aminah akan berdepan saingan enam penjuru melibatkan Dikin Musah (Pakatan Harapan); Matlani Sabli (Bebas); Johan @ Christopher OT Ghani (Bebas) ; Masri Adul (Warisan) dan Datuk Johair Matlani (PKDM). – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular