HomePolitikPRU15 : UMNO Papar zahir sokongan padu kepada Armizan

PRU15 : UMNO Papar zahir sokongan padu kepada Armizan

Read Time:1 Minute, 5 Second

PAPAR : UMNO Bahagian Papar menzahirkan sokongan padu kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Papar.

Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi berkata, tiada istilah rasa kecewa dalam perjuangan UMNO demi membela rakyat di kawasan itu meskipun tidak terpilih menjadi calon pada pilihan raya kali ini.

“Siapa pun yang menjadi calon dalam gabungan ini,  kita perlu memberikan komitmen jitu dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon GRS demi merampas kembali kerusi Parlimen Papar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis bersama pemimpin dan memperkenalkan calon GRS di sini semalam.

Parlimen Papar menyaksikan pertandingan enam penjuru di mana Armizan Mohd Ali (GRS) ditentang penyandang Ahmad Hassan dari Parti Warisan Sabah ; Henry Shim (Pakatan Harapan); Nicholis Sylvester@Berry (Pejuang Tanah Air); Norbert Chin (Bebas) dan Jhonny Sitamin (Bebas).

Penyandang kerusi Parlimen Papar, Ahmad Hassan (Warisan) memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan memperolehi 17,394 undi dan hanya memperoleh majoriti 325 undi.

Hadir sama dalam majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Seri.Gulam Haidar Khan Bahadar; ADUN Pantai Manis, Tamin Zainal, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Papar,Datuk Rosnah Abd.Rashid Shirlin, Naib Ketua Umno Papar Hasrul Ag.Tuah serta jentera UMNO-BN dan GRS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular