HomeIsu tempatanSESB komited tingkat amalan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar

SESB komited tingkat amalan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberi tumpuan kepada peningkatan pengurusan berkaitan aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar dalam pengurusan kerja seharian.

Pendekatan itu diambil bagi memastikan aspek keselamatan dan kelestarian alam sekitar dapat diberi keutamaan oleh setiap anggota kerja dan kontraktor berdaftar dengan SESB.

Ia juga adalah sebagai menyahut agenda negara bagi melestarikan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, penganjuran SESB HSE Symposium 2022 itu adalah bermatlamat bagi meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Selain itu katanya, simposium itu juga adalah bagi meningkatkan kesedaran berkaitan alam sekitar di tempat kerja selain berkongsi maklumat, pengetahuan dan amalan terbaik keselamatan selain mempromosi budaya kerja selamat dalam kalangan anggota kerja SESB.

Terdahulu, simposium yang bertemakan HSE Nadi ESG telah berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Antabangsa Sabah (SICC) dan dirasmikan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim di sini semalam.

Simposium itu memberikan peluang kepada seramai 350 peserta terdiri daripada warga kerja SESB, vendor dan kontraktor berdaftar SESB untuk mendapatkan perkongsian mengenai keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kepentingan ESG.

SESB juga akan terus melaksanakan program-program kesedaran, latihan dan penguatkuasaan bagi memastikan tahap pematuhan di lapangan sentiasa berada di tahap yang terbaik. 

Usaha ini dilaksanakan dengan bantuan, khidmat nasihat dan kerjasama agensi kawal selia seperti DOSH, Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Alam Sekitar.

Sementara itu, Hanafiah berkata, SESB perlu mengambil peranan penting dalam memastikan operasinya turut mengambilkira impak kepada alam sekitar (environment).  

“Sebagai contoh, pembangunan infrastruktur pembekalan elektrik seperti stesen janakuasa perlulah diselarikan dengan hasrat kerajaan untuk menjadi carbon-neutral nation menjelang tahun 2050,” katanya.

Katanya, selaku utiliti tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, SESB juga perlu memastikan impak sosial kepada pekerja, pelanggan dan komuniti turut diambilkira dalam operasinya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular