HomeUtamaCalon GRS dapat sambutan positif oleh peniaga dan pengunjung di Pekan Tamparuli

Calon GRS dapat sambutan positif oleh peniaga dan pengunjung di Pekan Tamparuli

Read Time:1 Minute, 31 Second

TUARAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai menerima sambutan positif daripada para peniaga dan pengunjung pasar ketika sesi beramah mesra (walkabout) dengan masyarakat di Pekan Tamparuli di sini, pada Rabu.

Orang ramai dilihat mengambil peluang bersua dan bersembang dengan Joniston, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Mereka turut berkongsi aspirasi dan cabaran yang dihadapi.

“Sesi walkabout ini telah memberi saya peluang bersemuka dengan masyarakat untuk lebih memahami masalah harian yang mereka hadapi.

“Saya telah beri komitmen untuk memperjuangkan nasib mereka dan bekerja untuk melaksanakan aspirasi mereka. Saya berharap rakyat akan memberi peluang kepada saya untuk menjadi wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Joniston tekad merampas kerusi Parlimen Tuaran daripada penyandang Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Pakatan Harapan).

Beluay juga akan menentang Jo-Anna Sue Henley Rampas (Warisan); Muminin Kalingkong @Norbinsha (Parti Pejuang Tanah Air); Bobby Lewat (bebas), dan Datuk Noortaip Suhaili (bebas).

Ketika ditanya mengenai peluang untuk menang dan meraih undi daripada generasi muda, Joniston berkata pengundi Tuaran mahukan perubahan dan cenderung kepada parti tempatan.

“Saya mewakili parti gabungan tempatan Gabungan Rakyat Sabah dan watikah perlantikan ditandatangani oleh Datuk Seri Hajiji Noor. Sebagai sebuah parti politik tempatan, GRS faham mengenai cabaran yang perlu ditempuhi.

“Bercakap mengenai pengundi muda, saya faham pendirian mereka, dan seperti kebanyakan pengundi tua, mereka juga mahukan kemajuan. Kedua-dua golongan muda dan tua berkongsi aspirasi yang sama.

“Rakyat mahukan pemimpin yang mempunyai hala tuju yang jelas. Kami mahu melihat anak muda kita berjaya dan saya sentiasa mengalakkan penglibatan belia dalam mengambil peranan kepimpinan di peringkat komuniti,” tambah Joniston.

Semasa kempen walkabout, Joniston bertembung dengan Madius, yang juga membuat sesi kempen walkabout beliau di pasar Tamparuli.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin serta penyokong GRS dan Pakatan Harapan dilihat bertukar salam.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular