HomePolitikPRU15 : Pengalaman luas Thomas Lau satu kelebihan buat Sandakan

PRU15 : Pengalaman luas Thomas Lau satu kelebihan buat Sandakan

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NICK ABDUL RAHMAN

SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Sandakan, Lau Chi Keong @ Thomas Lau yakin bahawa pengalaman beliau dalam perkhidmatan awam dan perniagaan dapat memastikan penyampaian perkhidmatan lebih efektif dan efisen kepada penduduk di daerah ini.

Katanya, pengalaman berkhidmat di Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) memberikan beliau pemahaman dan pengetahuan yang lebih jelas tentang fungsi dan gerak kerja kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Menurutnya lagi, kelebihan ini membolehkan beliau melaksanakan tugas dengan lebih pantas dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

“Saya faham tentang sistem dan struktur pentadbiran kerajaan. Selepas saya bersara, selama 16 tahun saya berkecimpung dalam perniagaan.

“Maka saya juga mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kenalan di kalangan komuniti perniagaan, yang sudah pastinya akan membantu saya dalam kerja saya untuk membantu rakyat di sini,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan jentera pilihanraya beliau di sini hari ini.

Lau yang mempunyai Diploma Dalam Kesihatan Awam dari Royal Society of Health London dan Institut Kesihatan Awam, Republik Singapura, mula bekhidmat di MPS pada tahun 1973, dan menjawat jawatan Timbalan Presiden MPS dari 1999 sehingga beliau bersara pada tahun 2005.

Beliau berpendapat isu yang terbesar yang membelenggu rakyat sekarang ialah kos sara hidup yang semakin meningkat, membuatkan beliau bertekad untuk memulihkan ekonomi Sandakan yang kini sedang merundum.

“Kita mesti mempelawa pelabur, tempatan mahupun asing, untuk melabur di Sabah, terutamanya Sandakan. Banyak sumber boleh didapati di Sandakan.

“Selain dari (antara lain) tanah, kelapa sawit, pelancongan, rantaian bekalan, kita juga mempunyai potensi yang amat besar dalam sektor pertanian dan perikanan.

“Antara matlamat penting saya adalah untuk pastikan semua penduduk Sandakan ada makanan di atas meja mereka. Ini adalah isu tentang kehidupan rakyat,” katanya.

Lau memberi jaminan kepada warga Sandakan jika mereka undi beliau untuk menjadi ahli parlimen, beliau akan memberikan dedikasi dan masa yang penuh berkhidmat untuk mereka.

“Membangunkan infrastruktur, memberi fokus kepada kesejahteraan, kebajikan, kesihatan dan pendidikan untuk penduduk Sandakan adalah tanggungjawab seorang ahli parlimen dan saya bersedia memikulnya.

“Jika penduduk Sandakan beri saya mandat pada 19 Nov ini, saya akan pastikan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Tidak ada kompromi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya