HomePolitikPRU15 : Pemimpin parti tempatan Telupid, Labuk Dan Sugut beri sokongan kepada...

PRU15 : Pemimpin parti tempatan Telupid, Labuk Dan Sugut beri sokongan kepada Ronald

Read Time:1 Minute, 56 Second

TELUPID : Kempen calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Telupid dan Labuk.

Pada kempen di Kampung Lidong Telupid hari ini, Ketua Bahagian STAR Telupid Justina Udilis, Ketua Bahagian STAR Labuk Dolusim Podosian dan Ketua Bahagian KDM Telupid Pinus Gondili hadir sama memberikan sokongan penuh kepada Ronald.

Bagi mereka, komitmen dari segi sokongan diberikan kepada Ronald adalah berdasarkan kepada rekod baik dan usaha yang dibawa dalam membangunkan Parlimen Beluran dan menjaga kebajikan rakyat di kawasan itu khususnya ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

“Perjuangan beliau (Ronald) sangat relevan pada masa ini dan hala tuju yang beliau bawa harus diteruskan. Kalau dia berhenti dan orang baru memulakan langkah adalah sukar.

“Untuk mencapai tahap yang lebih tinggi memerlukan jangka masa lama. Beliau (Ronald) diakui berada di tahap terbaik dalam membangunkan Beluran. Justeru, beliau perlu kekal dan disokong untuk dia meneruskan komitmen memajukan Parlimen Beluran,” kata Justina.

Katanya STAR merupakan salah satu komponen dalam PN, manakala peringkat negeri dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), STAR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) antara parti dalam komponen itu.

“Itu sebab kami STAR, saya menyokong kempen Datuk (Ronald),” katanya.

Bagi Dolusim, beliau menyifatkan Ronald berjiwa rakyat dan sentiasa mencari cara terbaik untuk membangunkan kawasan Parlimen Beluran untuk kesejahteraan rakyat di kawasan ini.

“Tiada sebab kenapa Ronald tidak disokong, bagi saya di sini, saya akan tetap menyokong Datuk (Ronald) untuk kesinambungan pencapaian dan seterusnya untuk kemajuan di Parlimen Beluran,” katanya.

Dalam pada itu, Pinus berkata KDM Bahagian Telupid dan Beluran sepenuh hati menyokong Ronald bertanding di Parlimen Beluran pada PRU15 ini.

“Pada saya, beliau masih relevan di kawasan kita, sebab kenapa. Beliau yang telah menanam bah ini, mana boleh orang lain yang pergi menuai, saya sangat-sangat sedih bila Datuk (Ronald) dianiaya,” katanya.

Beliau penuh yakin Ronald masih boleh terus menjadi wakil rakyat kerana dia adalah seorang pemimpin yang baik dan berpengalaman jauh bagi meneruskan pembangunan Beluran ini.

“Saya risau kalau orang lain yang ganti dia, menteri pun tiada sudah. Kita akan terlepas jawatan menteri dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, pada kempen di Kampung Bintang Mas Telupid, Ketua Bahagian Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Sugut Jamin Sabu turut hadir memberikan sokongan kepada Ronald.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya