HomeUtamaPRU15 : Andi nafi dakwaan beri perkhidmatan bawa pelajar universiti pulang mengundi

PRU15 : Andi nafi dakwaan beri perkhidmatan bawa pelajar universiti pulang mengundi

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menafikan dakwaan kononnya memberi perkhidmatan membawa pelajar universiti pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, dakwaan itu dilihat tidak benar kerana beliau difahamkan bahawa pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS) ada menyediakan pengangkutan kepada pelajar khususnya mereka yang berasal daripada Parlimen Kalabakan.

“Sejak semalam, tular mesej berkaitan saya kononnya memberikan perkhidmatan untuk membawa pelajar peluang mengundi. Ingin saya tegaskan ianya adalah tidak benar.

“Saya difahamkan pihak universiti seperti UMS telah pun menyediakan bas untuk membawa mereka pulang mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab besar buat negara amnya dan Parlimen Kalabakan khususnya,” katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini hari ini.

Andi turut menasihatkan para pelajar agar tidak terpedaya dengan fitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan nama beliau sebagai calon yang bertanding.

Katanya, para pelajar boleh mengikuti maklumat dan fakta sahih mengenai perkhidmatan bas yang disediakan universiti di laman rasmi institusi masing-masing.

“Saya menasihatkan agar pihak yang membuat hebahan teks tersebut berhenti kerana ia hanya menyusahkan urusan adik-adik mahasiswa yang betul-betul mahu pulang mengundi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya