HomeUtamaCabaran geografi, kemudahan tidak halang usaha tingkat prestasi sekolah

Cabaran geografi, kemudahan tidak halang usaha tingkat prestasi sekolah

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Kekangan geografi, pengangkutan dan kemudahan yang dihadapi sekolah di kawasan pedalaman serta pulau tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha meningkatkan mutu pendidikan di Sabah.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Dr. Zainuddin Sabu berkata, setiap sekolah mempunyai cabaran tersendiri berdasarkan lokasi dan persekitaran, justeru memerlukan pendekatan serta penyelesaian yang bersesuaian.

Katanya, pemimpin sekolah dan guru mempunyai potensi serta idea tersendiri untuk mengatasi cabaran berkenaan, sekali gus mengangkat prestasi sekolah masing-masing.

“Saya yakin pemimpin sekolah dan guru mempunyai idea serta kemampuan untuk mengangkat prestasi sekolah masing-masing.

“Melalui kolokium ini, kita dapat menghimpunkan idea dan ilmu daripada setiap sekolah untuk bersama-sama mencari penyelesaian terhadap cabaran yang dihadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kolokium Amalan Terbaik Pemimpin Sekolah Terintang Negeri Sabah 2026, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, perkongsian amalan terbaik menerusi kolokium berkenaan membolehkan pengalaman dan pengetahuan daripada sekolah berbeza dimanfaatkan bersama dalam menangani pelbagai cabaran sektor pendidikan.

Program itu turut menjadi kesinambungan kepada inisiatif yang dilaksanakan pada Mei lalu, dengan menghimpunkan kira-kira 98 peserta dan kumpulan melibatkan 17 daerah di Sabah, selain 28 penyertaan dalam pameran.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah dan semua rakan strategik atas usaha menjayakan kolokium berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular