KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, meninggal dunia kira-kira jam 9 malam ini pada usia 71 tahun.
Berita pemergian beliau disahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, ketika dihubungi Bernama.
“Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 9 malam tadi,” kata Mohd Dusuki.
Menurut makluman yang diterima, jenazah Allahyarham akan dimandikan di Surau Presint 20, Putrajaya.
Allahyarham merupakan anak Sabah pertama yang menyandang jawatan Peguam Negara. Beliau memegang jawatan itu dari Januari 2002 hingga Julai 2015.
Berasal dari Lahad Datu, Allahyarham memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu pada 1980 sebelum dilantik sebagai Peguam Kanan Persekutuan bagi Sabah pada 1985.



