HomeUtamaBekalan elektrik Pantai Timur Sabah dijangka pulih sepenuhnya dalam enam hari

Bekalan elektrik Pantai Timur Sabah dijangka pulih sepenuhnya dalam enam hari

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn. Bhd. menyasarkan pemulihan penuh bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah dalam tempoh enam hari susulan tumbangnya menara penghantaran elektrik T313 di Sungai Liwagu, Kampung Sagindai, Jalan Ranau-Telupid, pagi tadi.

Insiden akibat hakisan sungai susulan hujan lebat itu menyebabkan kedua-dua litar talian penghantaran elektrik (Line 1 dan Line 2) terjejas, sekali gus mengakibatkan gangguan bekalan di tujuh daerah membabitkan 153,599 pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar, berkata kerja pemulihan dilaksanakan secara berperingkat, dengan kapasiti bekalan setakat ini berjaya dipulihkan kepada 50 peratus.

“Daerah terjejas ialah Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kinabatangan dan Beluran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung perkembangan gangguan dan usaha pemulihan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 10 genset sudah digerakkan ke lokasi kritikal bagi menyalurkan bekalan elektrik kepada kemudahan penting, termasuk hospital, sekolah dan balai polis.

“Bagi mempercepatkan proses pemulihan, Sabah Electricity akan menggunakan sistem Emergency Restoration System (ERS) dengan pemasangan tiang sementara bagi menggantikan menara penghantaran yang tumbang.

“Kaedah itu membolehkan kerja pemulihan bekalan dilaksanakan sementara menunggu pembinaan semula menara berkenaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Rogol anak kandung, lelaki dipenjara 15 tahun dan lima sebat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular