HomeIsu tempatanPeniaga mohon pemasangan bumbung di tapak pasar tani

Peniaga mohon pemasangan bumbung di tapak pasar tani

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: “Kami tidak minta banyak, namun kami mohon agar dibina bumbung di tapak pasar tani ini,” kata peniaga yang mahu dikenali sebagai Reno,40.

Katanya yang sudah berniaga hampir 15 tahun di Pasar Tani Asia City itu sering berdepan masalah terutama cuaca yang tidak menentu selain kelengkapan menjual yang sudah uzur.

Reno berkata, dengan adanya pembinaan bumbung itu nanti akan dapat memudahkan lagi para peniaga menjalankan perniagaan selain keselamatan pelanggan juga dapat dijaga dengan sebaiknya.

“Justeru kami berharap agar pembinaan bumbung di tapak pasar ini akan dapat direalisasikan.  Ia bukan sahaja membantu memudahkan para peniaga tetapi ia juga mampu meningkatkan tahap keselasaan pelanggan yang datang berkunjung.

“Kami penjual-penjual di Asia City, hanya satu yang kami mohon iaitu pembinaan bumbung di atas tapak pasar. Ini adalah Bandaraya Kota Kinabalu jadi sekurang-kurangnya ia dinaik taraf sedikit.

“Dengan adanya kemudahan ini, pelanggan pun tidak perlu risau untuk datang membeli ikan di gerai kami kerana mereka tidak kepanasan sekali gus memudahkan urusan,” katanya.

Seorang lagi peniaga yang ditemui, Sudin Janis, 74, berkata, beliau sudah lebih 20 tahun menjual ikan di pasar tersebut.

Beliau turut mencadangkan perkara sama dimana pembinaan bumbung itu penting kerana ia memberi kesan kepada sumber pencarian rezeki mereka.

“Saya sudah lebih 20 tahun menjual ikan di pasar ini, dan saya berharap agar tindakan sewajarnya diambil untuk membantu para peniaga di sini.

“Sekiranya berlaku hujan lebat maka kami tidak dapat mencari rezeki, kerana kami tidak dapat membuka gerai sehinggalah ia berhenti.  Saya juga memohon agar bantuan keperluan menjual seperti timbangan dan sebagainya diberikan kerana ada yang sudah uzur,” katanya.

Terdahulu, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Kota Kinabalu, Yee Tsai Yiew turut mengadakan sesi tinjauan mesra dan beramah mesra bersama rakyat di Pasar Tani Asia City, di sini hari ini.

Ketika ditemui, beliau mengambil maklum segala luahan dan cadangan yang diterima daripada para peniaga di pasar itu.

“Ada yang memberitahu mereka sudah berniaga di sini sekian lama, namun mereka sangat mahukan bumbung di bina kerana setiap pagi mereka perlu mengangkat khemah sendiri.  Mereka memberitahu saya, dengan adanya pembinaan bumbung, ia akan memudahkan urusan perniagaan mereka.

“Jadi itu yang mereka inginkan dan sudah pasti, sekiranya saya terpilih, itu yang saya ingin berikan kepada mereka, tunaikan permintaan mereka,” katanya. –SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular