HomeUtamaPejabat Daerah Kalabakan akan disusun semula

Pejabat Daerah Kalabakan akan disusun semula

Read Time:1 Minute, 6 Second

KALABAKAN: Barisan Nasional (BN) akan memperkemas dan menyusun atur semula Pejabat Daerah Kalabakan (PDK) agar dapat menjalankan fungsi yang selayaknya jika diberi mandat di kawasan itu.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, PDK yang diwujudkan semasa pemerintahan Kerajaan Warisan itu tidak berfungsi dan hanya bersifat ‘kosmetik’ sahaja.

Menurutnya, pejabat daerah itu tidak mempunyai sistem pentadbiran termasuk berkaitan pembayaran cukai kerana semua urusan penting yang berkaitan masih perlu dilakukan di Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

“Jadi saya tidak fikir rakyat yang tinggal di Kalabakan akan terpedaya dengan modal kempen atau dakyah tidak berasas kerana hakikatnya apa yang mereka lakukan tidak berfungsi,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata ketika Perjumpaan Bersama Jentera PDM Muhibbah Raya di sini.

Menurutnya, kawasan Kalabakan akan mengalami perancangan pembangunan yang lebih rancak melalui pewujudan bandar baharu jika BN diberi mandat di kawasan itu sekaligus berupaya meningkatkan sosio ekonomi.

“Kita akan mencari satu lokasi sebagai pusat komuniti yang akan menempatkan kemudahan perbankan, pusat pendidikan dan jika tidak di kawasan Kalabakan mungkin di Merotai pun boleh kerana secara tidak langsung kawasan sekitar akan automatik juga mendapat limpahan,” katanya lagi.

Parlimen Kalabakan yang mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjung Batu, Kukusan, Merotai dan Sebatik menyaksikan persaingan lima penjuru antara BN, Warisan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pejuang dan Bebas.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular