HomeUtamaTular calon sombong, ia video lama disalahertikan: Penerangan UMNO Sepanggar

Tular calon sombong, ia video lama disalahertikan: Penerangan UMNO Sepanggar

Read Time:1 Minute, 13 Second

SEPANGGAR: Video tular yang dikaitkan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar, Datuk Yakub Khan yang kononnya berlagak sombong tidak melayan pertanyaan seperti dihebahkan adalah tidak benar dan disongsangkan pihak tertentu.

Ketua Penerangan UMNO Sepanggar, Ibrahim Dzul Aklamat berkata, sebenarnya insiden terbabit berlaku pada tahun 29 Januari tahun lalu dan ianya berkenaan isu prasarana di Kampung Unggun Jaya, Sepanggar.

“Video tular itu bukannya berlaku dalam tempoh kempen PRU-15 ini dan ia telah dimuat naik pihak tertentu untuk memberikan gambaran salah terhadap calon BN, Datuk Yakub Khan.

“Ia perspesi songsang yang dimainkan oleh media-media pembangkang yang mahu memburukkan imej calon dan kita jelaskan apa yang berlaku, sebenarnya Yakub dan Datuk Seri Bung Moktar Radin ada membuat lawatan kerja di Kampung Unggun, pada tahun lalu.

“Sebenarnya pada lawatan itu, ada beberapa individu sedang bertanyakan kepada Datuk Bung namun Datuk Yakub meminta ia ditunda kerana mahu bertemu segera dengan penduduk setempat berkenaan masalah air di kampung berkenaan.

“Soal sombong atau herdikan tidak timbul sama sekali memandangkan ramai pegawai dan orang awam yang berada di lokasi juga menyaksikan kejadian tersebut, jadi jangan percaya berita palsu sebegini,” katanya.

Tambah beliau, apa yang penting cabaran dan fitnah seperti video tular itu tidak mematahkan semangat jentera kempen dan menyakini Yakub berada dalam landasan tepat untuk terus memenangi hati pengundi di Sepanggar.

“Jadi para pengundi Sepanggar, sila berhati-hati menerima maklumat seperti ini kerana mereka ini sentiasa mengambil kesempatan mencetuskan huru-hara di kalangan penyokong dan akar umbi parti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya