HomePolitikPRU15 : Taraf ekonomi belia akan diberi tumpuan, bantu kurang kadar pengangguran...

PRU15 : Taraf ekonomi belia akan diberi tumpuan, bantu kurang kadar pengangguran – Maizatul

Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh Nur Istiqomah

LAHAD DATU : Calon Barisan Nasional (BN) Lahad Datu Maizatul Akmam Alawi berhasrat mahu melatih dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia di daerah ini bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran.

Katanya, ia juga akan dapat membantu melahirkan usahawan berjaya selain mampu mengembangkan ekonomi setempat serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan .

“Pada malam ini kita mengadakan majlis santai bersama para belia yang berada sekitar parlimen ini. Secara peribadi belia merupakan golongan yang sangat dekat dengan diri saya, sudah pasti saya sedia mendengar isi hati mereka.

“InsyaAllah, saya faham masalah-masalah yang dihadapi belia dan mereka pun pernah menyuarakan kepada saya,” katanya ketika berucap pada majlis santai bersama belia di sekitar Parlimen Lahad Datu di sini semalam.

Maizatul berkata, rancangan dan penstrukturan semula untuk melatih serta melahirkan lebih ramai usahawan belia telah diperincikan.

Katanya, selain itu, cadangan untuk membina pusat sehenti dan aktiviti belia bagi melakulan aktiviti rekreasi dan sosial juga telah diajukan.

“Terdapat juga cadangan dan perancangan untuk membina pusat sehenti untuk para belia Lahad Datu melakukan pelbagai aktiviti,” katanya.

Justeru itu, jika diberi mandat rakyat, Maizatul berjanji akan merealisasikan hasrat yang disuarakan golongan belia dalam membantu meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat.

“Seandainya saya diberikan mandat kita akan dapat merealisasikan perkara ini dan membantu meluncurkan jurang sosio ekonomi para belia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya