HomeUtamaPAS Sabah selari perjuangan GRS-BN - Dr Aliakbar

PAS Sabah selari perjuangan GRS-BN – Dr Aliakbar

Read Time:1 Minute, 35 Second

TAWAU: PAS Sabah selari perjuangan dengan rakan sekutu Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) dalam isu pertembungan calon di kerusi Parlimen Beluran, kata Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan.

Menurutnya, isu pertembungan calon membabitkan calon BN, Benedict Asmat dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang bertanding atas Perikatan Nasional (PN) adalah perkara yang tidak dirancang.

“Ini satu perkara yang tidak dirancang dan tidak ada pihak yang harus dipersalahkan, di pihak PAS kita patuh kepada keputusan pusat pada peringkat awalnya jadi maknanya kita kekal dengan keputusan awal kerusi itu diputuskan sebagai kerusi BN.

“Kita tetap dengan rakan bersama GRS dan sokongan kita kepada calon BN,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik ketika Sesi Bertemu Media di sini yang turut dihadiri pemimpin politik dan calon GRS Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Kerusi Parlimen Beluran menyaksikan persaingan lima penjuru antara Benedict, Ronald dan tiga calon lain iaitu Rowiena Rasid (Warisan), Hausing Samsudin (Pejuang) dan Felix Joseph Saang (Pakatan Harapan).

Mengulas mengenai kekuatan jentera PAS pula Aliakbar berkata, PAS memiliki keahlian hampir 1000 di setiap kawasan berjiwa besar tidak bertanding untuk memastikan gabungan GRS-BN akan mendominasi politik Sabah secara berterusan.

Sementara itu dalam masa sama beliau menyeru pengundi di negeri ini menolak PH yang dilihat cuba menghidupkan kembali ideologi komunis dan fahaman yang bertentangan dengan norma masyarakat normal.

Jelasnya, dalam tempoh 22 bulan PH yang ditunjangi DAP memerintah kerajaan dapat dilihat pembawaan beberapa budaya yang bertentangan dengan budaya masyarakat dan agama.

“Walau beberapa kali beliau menafikan sokongan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tetapi realitinya bila ditemuramah dengan pihak media daripada luar negara bahasanya seolah-olah menyokong LGBT.

“Jadi kita tidak mahu budaya seumpama ini yang sangat bertentangan dengan agama dan budaya, dan juga sepatutnya kalau mahu jadi seorang Perdana Menteri bahasa itu biar selari jangan cakap di depan orang ini lain di depan orang itu lain,” katanya lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular