Sukan mampu rapatkan hubungan dan promosi gaya hidup sihat – Maximus

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:44 Second

KOTA MARUDU: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili terkenang memori lama ketika merasmikan Pertandingan Ping Pong Tertutup, di sini, pagi Sabtu.

“Ini antara favourite games (sukan kegemaran) saya dulu-dulu, kerana ia melibatkan kos yang rendah.

“Saya bukanlah pandai main sangat, tapi boleh-boleh juga ni,” kata beliau apabila dijemput untuk membuat simbolik perasmian program tersebut.

Maximus Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang juga penyandang kerusi parlimen Kota Marudu, memukul bola ping pong kepada ADUN Tandek Hendrus Anding sebagai simbolik pelancaran program yang dianjurkan Mulok Table Tennis Academy (MTTA) di Kelab Golf Kota Marudu.

Beliau turut berkata, aktiviti sukan sedemikian amat dialu-alukan, kerana bukan sahaja ia mampu merapatkan hubungan di kalangan peserta, tetapi juga menyediakan kegiatan sosial yang sihat buat penduduk di kawasan ini.

“Saya ingin mengalakkan anak-anak muda aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat agar fizikal dan minda kita sentiasa cergas,” ujar Maximus.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *