HomePolitikPRU15 : Kebajikan belia akan diberi keutamaan - Lau

PRU15 : Kebajikan belia akan diberi keutamaan – Lau

Read Time:46 Second

SANDAKAN : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Sandakan Lau Chi Keong @ Thomas Lau mahu memberi perhatian utama kepada kebajikan belia sekiranya diberikan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, pembangunan belia penting kerana ini akan memberikan peluang untuk mereka berjaya dalam pelbagai bidang.

“Belia adalah pewaris kepimpinan pada masa hadapan.  Maka dengan itu, penting bagi kita memperkasa belia dari masa ke masa termasuk memberikan mereka kemahiran dan pendidikan yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pentas Anak Muda di gelanggang futsal berbumbung, Kampung Sim-Sim, disini, semalam.

Katanya, isu-isu  belia juga akan sentiasa dibawa ke parlimen bagi memastikan suara mereka terus didengar oleh pemimpin Negara.

Lau juga menyeru agar belia bijak memilih pemimpin mereka pada 19 November ini demi kesinambungan program pembangunan positif yang memanfaatkan mereka.

Program itu dihadiri sekitar 200 belia dari komponen GRS, BN serta badan bukan kerajaan (NGO) di Sandakan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Laluan berhampiran Menara Kinabalu ditutup sebahagian 31 Disember ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular